Tika rindu menyapa... Itulah saat dan ketikanya segala rencam rasa mula menyelubungi jiwa. Segenap rasa ini lahir begitu sempurna bersama rekaan-rekaan busana dan fabrik yang menarik. Hadir penuh elegan, feminin lagi jelita di hari berbahagia.

Santun lenggok si ratu berbusana pengantin nan indah, berjaya diilhamkan sempurna oleh pereka-pereka fesyen profesional, antaranya pereka fesyen dari Indonesia, Prestige by Inar. Turut tidak ketinggalan, Gezal Mihat, S & D Designs, Alinas, Wan Azlan & Zainurin Couture, Freda Bridal Couture dan koleksi fabrik perkahwinan serba eksklusif daripada Euromoda; indah menghiasi setiap lembaran bagi segmen ini.
 
©CDQA MEDIA SDN BHD 2006