Hubungi talian +603-7805 1716 untuk maklumat pengedaran majalah Ratu Sehari.
RATU SEHARI EDISI KE-11  

Kerana Kirana Kuingin Rasakan Cinta… Indah bait-bait kata melatari ruang muka hadapan majalah, simbolik bertitip perkataan “Kirana” menjadi asas penglahiran bicara kata. Membawa makna sesuatu yang “indah”, “cantik”, dan “sinar”, itulah nilai keasyikan cinta yang begitu agung menguasai seluruh ruang jiwa, lantas meruntun segenap benak rasa untuk terusan memiliki cinta.

 
 
   
BENGKEL "BONGKAR PELAMIN" BERSAMA NAS GREAT IDEA

 
 
Majalah Ratu Sehari dan Nas Great Idea akan mengadakan bengkel yang bakal membongkar segala rahsia berkaitan dekorasi pelamin. Nas Great Idea, suatu nama yang tidak asing lagi dalam industri perkahwinan kini. Dengan kepakaran yang dimiliki, Nas akan berkongsi pengalaman lantas membongkar selok-belok perihal dekorasi pelamin itu sendiri. Banyak tips dan panduan mampu anda miliki dengan menyertai bengkel ini.

Kami bagi pihak Majalah Ratu Sehari dan Nas Great Idea amat berbesar hati untuk membuka peluang dan menjemput anda yang berminat untuk menyertai bengkel pengisian ilmu ini

Butiran berkaitan bengkel yang bakal berlangsung:

Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga 05.00 petang
Tempat: Saloma Bistro, Kuala Lumpur


Muat turun borang
 
 
 
 
 
©CDQA MEDIA SDN BHD 2006
Anda adalah pelawat yang ke: 1 1 8 4 1 5