CDQA Media Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penerbitan tempatan yang mengeluarkan majalah berkaitan perkahwinan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Kami bermatlamat untuk memberikan informasi kepada pembaca-pembaca yang sebilangan besarnya terdiri daripada bakal-bakal pengantin mengenai apa jua perkara yang berkaitan dengan perancangan perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, matlamat kami juga adalah untuk meningkatkan industri perkahwinan di Malaysia yang sedang tumbuh bagaikan cendawan dengan memberi peluang kepada para pengusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Secara tidak langsung ia akan dapat memperkenalkan dan mengetengahkan budaya bangsa Malaysia kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Selain mengeluarkan majalah, kami juga menyediakan portal perkahwinan Ratu Sehari sebagai alternatif kepada pembaca untuk mendapatkan informasi. Portal kami akan memberikan info ringkas mengenai setiap keluaran kami selain menyediakan senarai direktori pengusaha untuk rujukan anda.
Kami sentiasa menekankan aspek kualiti bagi rekabentuk, penulisan dan penerbitan bagi menghasilkan bahan bacaan yang bermutu tinggi dan menepati citarasa pembaca. Diharap dengan wujudnya Ratu Sehari akan dapat menambahkan lagi pengetahuan pembaca disamping membantu pembaca menjana sedikit idea sebagai persiapan untuk majlis perkahwinan yang diidamkan. Semoga kehadiran kami di pasaran akan memberi sedikit ruang kepada anda untuk menambahkan bahan rujukan dan membuat pilihan yang tepat.
Realisasikan impian perkahwinan anda bersama Ratu Sehari...
Selain itu, kami juga menerbitkan sebuah lagi majalah perkahwinan dalam bahasa Inggeris iaitu 'Bridal Guide for Brides & Grooms' yang juga berada dipasaran hampir 2 tahun dan sehingga kini 4 edisi telah dikeluarkan. Seperti Ratu Sehari, Bridal Guide juga memuatkan pelbagai tip untuk bakal-bakal pengantin, idea-idea dekorasi, resepsi dan sebagainya. Maklumat lanjut, sila layari www.bridalguide.com.my
|