Padat dengan maklumat destinasi-destinasi pilihan, segmen Bulan Madu kali ini mengetengahkan artikel berkaitan pulau percintaan – Bali, Indonesia. Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan RS sekarang dan rujuk makalah bertajuk “Pariwisata Terindah Suatu Kunjungan Kedamaian”.
Beranjak ke bumi bertuah Malaysia, artikel bertajuk “Gemalai Bayu Tropika Berpuput Nyanyian Gurindam Cinta”, unik menyingkap destinasi percutian di salah sebuah pulau di Langkawi, Kedah. Penginapan di Rebak Island Resort – A Taj Hotel, Langkawi merakamkan pelbagai panorama menarik. Selain Pulau Rebak, Langkawi, segmen Bulan Madu kali ini turut memaparkan panorama-panorama menarik di Pulau Mutiara, Pulau Pinang dengan konsep artikel yang tersendiri bertajuk “Mutiara Permata Sukma”.
Berkongsi pengalaman-pengalaman manis percutian bulan madu para pembaca Majalah Ratu Sehari, sub segmen Mengintai Kasih hadir dengan cerita-cerita menarik daripada mereka. Ada antaranya yang mengambil kesempatan percutian ini untuk mengunjungi negara luar seperti Australia, Bali, London dan Paris. Malaysia juga tidak ketinggalan turut mendapat tempat di hati para mempelai yang baharu melangsungkan majlis bahagia. Antaranya, Pulau Langkawi dan Sarawak menjadi pilihan pasangan-pasangan ini dalam merakamkan memori manis lagi romantis sebuah percutian bulan madu.
|