Pelbagai idea dalam dekorasi diperlukan bagi merealisasikan sebuah perkahwinan yang sempurna. Tukarkan yang biasa kepada sesuatu yang lebih unik dengan kekuatan imaginasi dan kreativiti.
 
 
Tinggi gapaian imaginasi dan daya kreativiti, setiap persatu paparan dekorasi dan artikel yang mengisi segmen Ilham Kasih, lengkap memberikan yang terbaik.

Mencipta hasil kreativiti terindah seakan terpamer curahan kasih nan salju dari lubuk hati nan hangat dilamun cinta. Sedari kek, kad jemputan, dulang-dulang hantaran hinggalah cenderahati pilihan buat tetamu jemputan. Istimewa setiap dekorasi dan rekaan saling menepati cita rasa kontemporari, ciri-ciri adat juga tradisi. Tergubah indah berkat nilai kasih sayang nan tinggi.

Menyerlahkan kemewahan rasa coklat dengan hasil ramuan yang istimewa serta memiliki pelbagai rupa dan jenis rekaan bentuk, cenderahati berupa coklat turut dipaparkan. Mencipta kelainan, kad undangan serta rekaan kek-kek perkahwinan serba unik juga tidak ketinggalan memberikan sentuhan yang berbeza pada majlis yang bakal berlangsung.
 
 
©CDQA MEDIA SDN BHD 2006