Memberikan yang terindah dan terbaik dengan idea-idea serba eksklusif, RS menghidangkan pelbagai koleksi kek-kek perkahwinan, kek-kek hantaran jua cenderahati daripada Norrizan Bakers, Yomie Bake dan Mis’s Creative Cakes. Himpunan kek yang pelbagai konsep dan tema hiasan pastinya menepati setiap kehendak dan keinginan sesiapa yang menatapnya.
Menitipkan secubit panduan, makalah bertajuk “Kalau Sudah Terpikat di Hati Pilihan Yang Tepat Sudahlah Pasti” membicarakan topik pemilihan cenderahati mengikut warna. Antara pilihan warna yang dibincangkan adalah rona emas, kuning, oren, merah, merah jambu, hijau, biru, ungu, perak/kelabu, dan hitam/putih.
Memudahkan anda membuat pemilihan yang tepat, himpunan koleksi cenderahati daripada Nur Warisan Creative, Red Cempaka, Rosebay Creations, Ryverra Chocolate & Confectionery dan Wedding Freshener menghiasi setiap layah paparan Majalah Ratu Sehari. Turut tidak ketinggalan, idea-idea kreatif kad perkahwinan juga dipersembahkan khas daripada LH Creative Concept dan Orange Card House.
Mencari dekorasi hantaran yang bersesuaian dengan tema perkahwinan anda? RS hadir mempersembahkan dekorasi hantaran daripada Arjuna Cipta, Dicky dan Qareezma Design.
Inilah ilham-ilham kreatif dalam sebuah keraian kasih...
|