Pelbagai idea dalam dekorasi diperlukan bagi merealisasikan sebuah perkahwinan yang sempurna. Tukarkan yang biasa kepada sesuatu yang lebih unik dengan kekuatan imaginasi dan kreativiti.
Terilham dekorasi serba indah hasil daripada rasa kasih yang terbuku di dada. Miliki idea-idea pelbagai gubahan hantaran yang tentunya masih ‘mendukung' adat dan tradisi dalam aliran kontemporari citarasa semasa.
Sama ada bertemakan taman yang mewah sisipan floranya hinggalah kepada dekorasi hantaran yang bertemakan mawar segar, ghairah merah warnanya. Segalanya terhidang buat tatapan anda.