RATU SEHARI EDISI KESEBELAS

Membawakan yang terbaik dan terindah buat anda, RS menghidangkan layah-layah paparan unik lagi menarik bersama titipan artikel-artikel padat dengan informasi berguna juga ilham-ilham kreatif daripada pengusaha-pengusaha perkahwinan. Segalanya menarik untuk tatapan anda bersama yang tersayang...

Kemilau kerdipan biasan cahaya, Indah menyinari seluruh alam; Makin semarak api asmara, Bersambut kasih cinta bersulam.

Edisi Kesebelas, membawakan anda antara paparan utamanya:
   
Perancangan Perkahwinan
 
Mencipta majlis impian... Sempurna dirancang, diatur malah di perinci satu persatu agar segala-galanya bergerak searah, menepati hasrat hati jua impian yang diidamkan. Bijak merancang, tersedia pelbagai pilihan juga idea dalam merealisasikan majlis perkahwinan di hari bahagia.
 
Ilham Kasih
 
Imaginasi pencetus ilham, sedari ilham terserlah suatu keunikan ciptaan yang teristimewa. Sarat dengan rasa kasih, penuh dengan penghayatan cinta yang sebenar malah tinggi daya kreativiti dalam memberikan yang terbaik untuk sebuah majlis penyatuan antara dua cinta.
 
Penampilan,Perhiasan & Kecantikan
 
Bagai pinang dibelah dua... Sama cantik, sama padan. Lengkap berhias indah sedari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, mempelai berdua suami dan isteri, kacak dan jelita berpasangan. Sedari busana hinggalah kepada aksesori perhiasan, keseluruhannya padan lagi menambahkan seri pengantin yang diidamkan.
 
Album & Diari
 
Memori perkahwinan, tersimpan seribu satu cerita cinta. Cerita cinta yang membawa jutaan makna buat pasangan jua pada seluruh keluarga, saudara, teman dan semua. Sama-sama merasai kuasa cinta milik uda dan dara.
 
Destinasi
 
Bersatu antara dua hati, itulah sebuah penyatuan cinta yang sejati. Tidak bisa lagi di rungkai kasih yang telah bertaut rapi selagi adanya kasih di hati. Mengukuh ikatan cinta, akrabkan lagi hubungan kasih anda berdua bersama sebuah percutian istimewa... Percutian berbulan madu yang bahagia.
   
Direktori Ratu Sehari
 
Buang segala kerisauan jua jauhkan segala kemusykilan. Menyempurnakan majlis perkahwinan anda, disenaraikan lengkap direktori pengusaha-pengusaha industri perkahwinan juga tidak ketinggalan pihak-pihak hotel/resort, spa dan sebagainya. Yang terbaik dan yang terunggul hanyalah untuk anda...
   
   
 
©CDQA MEDIA SDN BHD 2006