Bermula dari dalam... Terhidang “16 Cara Tampil Sihat Di Hari Bahagia”, artikel yang memaparkan panduan dalam penjagaan kesihatan. Sedari teknik memasak, pemakanan hinggalah kepada amalan gaya hidup sihat.
Rias Ratna, segmen yang bakal memberikan inspirasi solekan pengantin yang serba moden lagi menepati gaya terkini. Istimewa mendapat sentuhan daripada Ian Sham, Wan Azlan & Zainurin Couture dan Freda Bridal Couture, anda bebas menilai sendiri kemewahan solekan yang terhasil. Mempunyai teknik solekan yang tersendiri, si ratu pastinya jelita dipandang mata. Terpegun, kelu seribu bahasa...
|