Menyentuh aspek kesihatan, edisi kali ini mengetengahkan isu tekanan atau lebih dikenali dengan panggilan “stres”. Tekanan boleh timbul berkaitan banyak perkara. Terutama dalam meniti detik-detik menempuh hari berbahagia dan dalam tempoh menyesuaikan diri dengan suasana baru alam perkahwinan.
Pastinya diri banyak berhadapan dengan pelbagai cubaan dan rintangan. Jika bijak berhadapan dengan masalah yang timbul pasti rintangan yang mendatang akan menjadi sebuah pengalaman yang mendewasakan.
Bersama majalah Ratu Sehari kali ini, segala gejala dan punca tekanan saling dikenal pasti di samping menyingkap petua-petua menangani stres yang dialami.
|