Aksesori, busana, kasut dan lain-lain sememangnya merupakan teman setia yang melengkapkan dan memperindahkan gaya sang jejaka dan puteri idaman di hari bahagia.
Busana serba rinci dengan kaitan manik-manik berkilau sambil bersulam cermat, indah pada pandangan mata terus meresap masuk ke dasar hati. Busana milik Lynda Rahim, Alinas, Dios Astana Bridal serta Satri's Anggun yang menghiasi ruangan fesyen bakal menerjah pandangan mata, mencetus inspirasi minda malah menawan hati sesiapa yang memandang.
“Abstrak Cinta”, “Tautan Mata Kita”, “Seindah Pualam” serta “Tampilkan Dirimu Sesuci Hatimu”; itulah tajuk-tajuk yang menghiasi dada majalah dalam mengekstrak keindahan setiap rekaan fesyen yang terpamer.