Mencipta majlis impian... Sempurna dirancang, diatur malah di perinci satu persatu agar segala-galanya bergerak searah, menepati hasrat hati jua impian yang diidamkan. Bijak merancang, tersedia pelbagai pilihan juga idea dalam merealisasikan majlis perkahwinan di hari bahagia.

 
 
Mencari kesempurnaan dan keindahan majlis yang sebenar? Selusuri segenap perancangan persiapan dalam merealisasikan impian kasih anda dan si dia.

Bermula dengan titipan makalah menarik, antaranya RS membawakan artikel berkaitan jurugambar dan juruvideo dengan tajuk “Saksi Abadi Penyaksi Sejati”. Antara lain, “Merakam Detik Bahagia, Lambang Keakraban Cinta” membicarakan senarai detik-detik manis perkahwinan yang ingin dipotret sebagai kenangan terindah.

“Gelombang Cinta, Semarakkanlah”, makalah yang menyenaraikan beberapa panduan menarik dalam mengutuhkan binaan kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Manakala, panduan dalam menghadiri majlis perkahwinan turut sempurna dilampirkan bersama artikel, “Kasih Berputik Di Dasar Hati, Restu Diberi Kunjungan Pasti”. Menambah informasi buat semua, hadir makalah perihal adat berinai; “Merah Jemari Dihiasi Membangkit Seri Si Permaisuri” menepati segmen tradisi Majalah Ratu Sehari.

Menghangatkan lagi semangat bacaan anda, pandangan turut dijamu dekorasi-dekorasi tema resepsi dan pelamin antaranya daripada pengusaha Arjuna Cipta, Astana Karya Wedding Planner @ Duchess Place, AZM Canopy & Bridal House, CT Catering, De Classaflora, Dicky, D’Mawar Catering, Felda D’Saji, Grand Chateau Wedding Planner, Khemah Syakilla, Nas Great Idea, Perfect Day Planner, Perkhidmatan Zainal Canopy & Catering, Precious Moments Collection, Qareezma Design, Reka Teemor, Rita Collection, Yamin, dan Yapaf Catering & Restaurant.

 
 
©CDQA MEDIA SDN BHD 2006