Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan satu majlis gemilang yang sempurna. Bagi pasangan yang tidak mempunyai banyak masa, apa kata anda luangkan sedikit masa anda untuk mengunjungi ekspo perkahwinan di tempat yang berhampiran dengan anda. Di ekspo perkahwinan, anda boleh mendapatkan inspirasi untuk hari gemilang anda. Anda boleh bertemu dengan pakar-pakar profesional untuk bertanyakan soalan yang semuanya berada di bawah satu bumbung! Anda juga pasti ingin mendapatkan maklumat, membuat perbandingan harga dan perkhidmatan, mendaftar untuk cabutan bertuah, melihat fesyen terkini, mendapatkan idea-idea baru dan pastinya hanya untuk berseronok!
Di sini Ratu Sehari menyenaraikan beberapa ekspo perkahwinan yang mungkin dapat anda kunjungi. |